Moment With Guardian Retreat Health Beauty 2019 at Avillion PD. Assalamualaikum dan hi..Alhamdulillah, pertama kali zaza dapat peluang untuk bersama-sama dengan rakan blogger untuk sama-sama menyertai program Guardian Retreat Health Beauty 2019 yang bertempat di Avillion Port Dickson, Negeri Sembilan.
Undangan ini dari Kak Bee Abdullah yang uruskan tentang program ni. Terima kasih Kak Bee. Program ini berlangsung selama 3 hari 2 malam ( Rabu - Jumaat ).
Berkumpul di Giant Shah Alam bersama Kak Anie , Nazirah Hashim dan Kolin Zainal
Semua kena berkumpul dekat Giant Shah Alam. Terima kasih buat blogger Kak Ayu Rafikah yang sudi hantar zaza ke Giant Shah Alam di awal pagi. Selepas sampai dan sesi pendaftaran, sekitar jam 11 pagi tu kami semua bertolak ke Avillion Port Dickson menaiki bas yang telah disediakan. Dalam bas pun riuh dengan rakan-rakan semua dan seronok sebab pertama kali juga zaza jumpa ramai rakan blogger dan media yang sebelum ni kenal dekat laman sosial je.
Selfie dulu dalam bas sebelum bergerak..
Dah sampai tu kami semua disambut oleh penyambut tetamu Avillion dan juga host Mr Ramzan yang ramah dan sporting gila. Suka buat kelakar.
Sebelum mulakan aktiviti, kami makan dulu ditempat yang disediakan di Village Court. Dan selepas itu barulah kami bergerak ke Bilik Riau 6 untuk memulakan aktiviti.
Village Court
Di Bilik Riau 6, Kami mulakan dengan sesi pengenalan dan diberi journal yang mana didalam journal terbabit ada task yang perlu kami buat. Selepas itu kami diberi sedikit taklimat Keselamatan dari Pegawai Avillion dan ucapan dari Ketua Executive Guardian Malaysia.
Selepas selesai, aktiviti diteruskan dengan sesi Healthy Living with Guardian's Pharmacist dan Basic health check.
Dalam sesi ini kami diberikan info tentang gaya hidup amalan seharian. Jika di awal peringkat kita tak jaga kesihatan dengan betul, kemungkinan nanti akan mendatangkan kesan yang tak baik pada kesihatan. Maklumlah kita kalau makan ke main bedal je makan kan..
Kami juga diberi peluang untuk buat basic health check up. Cek darah dan tekanan darah. So zaza punya bacaan darah normal je.
Belah petang pula kami menyertai sesi sukan bermain valleyball. Zaza memang dah lama gila tak aktif dengan sukan ni..So untuk sesi ni, Coach Cruz ajar kami untuk buat warm up dulu. Lepas tu barulah start games. Syoknya sebab tepi pantai.
Sesi warm up sebelum memulakan games
Aimi, Kak Min, Kak Anie
Team kami terdiri daripada Nazirah, Zandra, Kak Fara dan Kak Min
Bersama Kak Bee Abdullah
Belah malam pula selepas makan, kami sambung dengan buat aktiviti Vision Board. Vision Board ini adalah sesi mengenai sebuah impian seseorang itu dan apa yang ingin dicapainya.
Ms Jen selaku Ketua Marketing Team Guardian menjelaskan bahawa sesi Vision Board ini dapat membuatkan seseorang itu mampu untuk mecapai hayatnya. Apa saja nak you all nak buat untuk masa hadapan boleh diletakkan pada vision board tersebut.
Ok nanti zaza sambung lagi di bahagian lain untuk aktiviti hari ke 2 dan 3.. banyak lagi sebenarnya gambar yang lebih menarik untuk zaza kongsikan nanti..
wahh.. syoknya tengok gambar2 korang join aktiviti ramai2 ni. boleh release tension ni.. dalam masa yang sama dapat berkumpul dan berjumpa rakan blogger yang x pernah jumpa
ردحذفbestnya dapat join aktiviti dengan ramai kawan2 blogger.. sambil2 tu leh kenal2 kawan baru kan. aktiviti pun nampak menarik tu..xsabar nk tgu part 2
ردحذفseronoknya dapat join program macam ni zaza..seronok jumpa geng blogger dengan macam-macam aktiviti. dapat dok hotel best lak tu
ردحذفBestnya Zaza dapat join aktiviti macam nie kan..
ردحذفBestnya, untung dpt ke program mcm ni
ردحذفtempat dia memng best..nad pernah pergi..rindu pulka..best dapat pergi denagn kawn2 kan..semua ada..aktiviti pun gempak
ردحذفwah wah wahhh kemain seronok agik ye dia.. p x hajak.. haha
ردحذفSeronoknya zaza dapat kesana. Memang heaven bila buat aktiviti dgn rakan² blogger
ردحذفseronoknyaaaaa
ردحذف