Assalamualaikum, Alhamdulillah hari ini bertemu lagi dengan sebuah lagi buku Hilal Asyraf bertajuk Hikayat Satria-Satria Sejati ( Generasi Baru ). Bila baca novel ini ada bahagian yang buat zaza rasa sebak tiba-tiba. Mungkin terlalu menghayati watak atau peringatan-peringatan tentang Allah SWT.
Kisah bermula apabila, Ariki yang merupakan anak kepada Maharaja Lutello tidak suka akan gaya hidup ayahandanya yang zalim dan sukakan hiburan serta menindas rakyat.
Suatu hari semasa berjalan di kota ditemani Wirawan Uytur, orang suruhan ayahandanya, Ariki cuba membantu rakyat yang kelaparan akibat tidak dapat berehat dari menyiapkan beberapa pembinaan di dalam istana. Hal ini menyebabkan Uytur meninggikan suara kepada Ariki dan bimbang ia mendatangkan kemarahan Maharaja Lutello.
Akibat dari kejadian tersebut, telah berlaku pertempuran dan Ariki secara tidak sengaja telah terbunuh Uytur. Maharaja Lutello yang mengetahui hal tersebut begitu marah dan telah mengarahkan beberapa wirawan lain menangkap Aiki yang telah melarikan diri ke hutan.
Semasa di hutan, Ariki telah bertemu dengan Aifer, Puteri kepada Kabeer yang telah bersetuju untuk melindunginya.
Kabeer, merupakan antara Satria-Satria Sejati yang telah lama menentang kezaliman Maharaja Lutello 25 tahun yang lalu.
Bermulalah pengembaraan sebenar Ariki yang sangat mencabar. Disinilah juga berlakunya pertembungan antara kegelapan dan cahaya mula mengambil tempat.
Semasa dalam pelarian, Ariki banyak belajar tentang agama Islam dan juga seni mengawal unsur. Ariki juga bertemu dengan beberapa sahabat yang juga mempunyai misi untuk menentang kezaliman Maharaja Lutello dan memperjuangkan agama Islam.
***
"Aku telah melarikan diri dari istana, asalnya kerana kesalahanku. Tenaga terpendamku bangkit dan aku terbunuh Wirawan Mukan'Aja bernama Uytur. Tetapi hal itu juga berlaku ketika aku sedang mempertahankan pekerja-pekerja buruh, yang terpaksa bekerja sehingga lewat malam, dalam keadaan lapar! Utyur telah melibas cemeti elektriknya ke tubuhku"
" Aku deklasikan di sini bahawa aku akan mendedikasikan seluruh hidupku, untuk menumbangkan kezaliman ayahandaku itu! Aku akan pastikan, dunia ini berubah ke arah yang lebih baik, dan sekalian rakyat tidak perlu hidup dengan ketakutan, di bawah rejim yang penuh dengan kejahatan!'
Seperti biasa penulis juga tidak lupa untuk menyelitkan kalam Allah dan kisah para nabi seperti kisah Abrahah dan burung Ababil.
***
Menurut penulis, Hikayat Satria-Satria Sejati ini diinpirasikan dari kisah pengembaraan anime One Piece dan unsur dicedok daripada pelbagai komik yang ada iras seperti Naruto dan kartun Avatar dan disampaikan dengan gaya Islamik supaya ia dapat menjadi alat untuk membentuk mentaliti dan sikap.
BACA JUGA
- Cahaya Yang Tidak Terpadam by Hilal Asyraf
- Penginapan Di Rumah Rakit Lubok Tampoi
- 7 Khasiat Makan Jambu Batu
Biodata Penulis :
Mohamad Hilal Asyraf bin Abdul Razak. Berasal dari Johor dan merupakan graduan di Yarmouk University dalam bidang Usuluddin. Memulakan karier sebagai penulis sejak 2009. Aktif dalam menghasilkan karya-karya fiksyen dan non fiksyen. Telah menghasilkan lebih 40 buah karya. Merupakan mengasas kepada website Langitilahi dan kini menguruskan perniagaan penerbitannya sendiri. Website : http://hilalasyraf.com/
Macam best je buku ni. Tq zaza share.😊
ردحذف