view this blog!

Takdir 3 : Janji-Nya Yang Tidak Termungkir by Hilal Asyraf

"Wahai manusia, dengarlah sungguh-sungguh kata-kata ini. Sembahlah Allah, Diri kan lah solat 5 waktu, Berpuasalah di bulan Ramadan, Tunaikanlah zakat daripada kekayaanmu, kerjakanlah haji jika mampu. Ketahuilah setiap muslim itu bersaudara kepada muslim yang lain.

Ingat, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari nanti untuk dipertangungjawabkan atas segala apa yang kamu kerjakan. Oleh itu awasilah. Jangan kamu sesekali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Ditinggalkan kita dengan dua perkara, jika berpegang teguh, nescaya kita tidak akan sesat selamanya iaitu AL QURAN dan SUNNAH Utusan Langit Terakhir."

***

Takdir 3 : Janji-Nya Yang Tidak Termungkir, buku terakhir dalam trilogi Takdir oleh Hilal Asyraf.

Takdir 3 : Janji-Nya Yang Tidak Termungkir by Hilal Asyraf
Versi Baru


Sinopsis


Menerima pukulan demi pukulan, kepercayaan terhadap Yang Maha Berkuasa Atas Segala-galanya menipis. Angkasa Sakti teruji dengan dasyat.

Membalas apa yang menimpa ke atas mereka, Kerajaan Tanah Haram bergabung dengan Kerajaan Sorga dan Janggel, membentuk Kesatuan Ummah, melancarkan serangan ke atas Kerajaan Utopia. Namun disini Angkasa dipukul dengan pendedahan yang hampir meranapkan semangatnya.

Janji-janji Yang Maha Berkuasa Atas Segala-galanya mula dipersoal.

Apakah benar janji-janji kemenangan yang selama ini dicanangkan? atau semuanya sekadar satu ilusi?


***

Wahai kaum Muslimin yang berjihad di jalan Allah. Ingatlah kalian bukan lagi Tentera Kerajaan Tanah Haram atau Tentera Sorga. Dengan gabungan ini, kalian merupakan sebahagian daripada Kesatuan Ummah!. Wahai Tentera Kesatuan Ummah, sesungguhnya telah dijanjikan untuk ummah ini kemenangan. Tetapi kita sering melihat kemenangan itu secara material. Kemenangan pertempuran, kemenangan harta kekayaan, kemenangan kehendak lahiriah. Maka...


***

Engkau tahu, Utusan Langit Terakhir berjuang berapa tahun?"

"23 tahun. 13 tahun di sini, Makkah. Baki 10 tahun di Madinah."

Engkau telah menyertai perjuangan menumbangkan Sang Asura, berapa tahun?'

Angkasa Sakti terdiam. Tidak sepanjang itu.

"23 tahun itu, Baginda pernah berhadapan kekalahan-kekalahan peperangan, kematian insan-insan tersayang, sahabat-sahabat yang terkorban di medan perang, masalah rumah tangga, dihalau keluar dari tanah sendiri, diracun, disihir. Jika selepas beberapa kali hal itu berlaku, Baginda merasakan takdir telah menulisnya untuk gagal, apa akan diteruskan sehingga terbuka kembali Kota ini untuknya? Sehingga sempurnanya Al Quran? Sehingga tahun ke -23?'

Takdir 3 : Janji-Nya Yang Tidak Termungkir by Hilal Asyraf

***

Engkau tahu anakanda Ruh Faizan, aku ada menghafal beberapa potong ayat Al Quran." Endless bersuara sambil terus memandang sekujur tubuh Sang Asura. "Kerana ayat-ayat ini berbekas kepadaku.

"Ayat apa?"

" Dia-lah Tuhan yang memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda keesaan-Nya dan kekuasaan-Nya dan yang menurunkan sebab-sebab rezeki dari langit. Dan tiadalah yang ingat serta mengambil pelajaran melainkan orang yang sentiasa memberikan perhatian.

Oleh itu, maka sembahlah kamu akan Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya sekalipun orang-orang kafir tidak menyukai.

Dia-lah yang Yang Maha tinggi darjat kebesaran-Nya. Kepada sesiapa yang dikehendakinya di antara hamba-hamba-Nya, supaya Dia memberi amaran tentang hari pertemuan

Iaitu hari mereka keluar dengan jelas nyata, tidak akan tersembunyi kepada Allah sesuatupun daripada hal keadaan mereka. Siapakah yang menguasai kerajaan pada hari ini? Dikuasai Allah Yang Maha Esa, lagi Yang Mengatasi Kekuasaan -Nya segala-galanya!'. Ayat 13-16 daripada Surah Ghafir itu turut dihafal baik oleh Aizan Fahmi.


Biodata Penulis :



Mohamad Hilal Asyraf bin Abdul Razak. Berasal dari Johor dan merupakan graduan di Yarmouk University dalam bidang Usuluddin. Memulakan karier sebagai penulis sejak 2009. Aktif dalam menghasilkan karya-karya fiksyen dan non fiksyen. Telah menghasilkan lebih 40 buah karya. Merupakan mengasas kepada website Langitilahi dan kini menguruskan perniagaan penerbitannya sendiri.

Takdir 2 : Percaya Yang Tidak Sirna by Hilal Asyraf
Versi Baru 2020













7 comments

  1. Good sharing Zaza.. macam menarik juga buku nie..

    BalasPadam
  2. Menarik bila baca. Lama tak dnegr cerita macam ni. Rajin zaza baca buku semua macan ni

    BalasPadam
  3. Tak pernah baca buku macam nie, tapi nama penulis tu mmg kita tahu..byk rupanya karya Hilal Asyraf nie

    BalasPadam
  4. Menarik pula bila baca. Nak beli juga lah nanti. Lama dah x membaca ni.

    BalasPadam
  5. Akk dh jarang baca buku, nk kena rajin kan diri membaca lps ni.

    Mcm best cerita ni

    BalasPadam
  6. Bila baca sinopsis dia mmg menarik jrgbaca buku bab mcm ni, nti blhlah tgk

    BalasPadam
  7. Pandai menulis mengolah jalan cerita nya..
    Sekarang dah tak sempat nak baca buku macam ni. 🥴

    BalasPadam