view this blog!

Atasi Parut Jerawat dengan Rawatan Kulit di Klinik Dr Bazilah Bandar Baru Bangi dan Klinik Dr Bazilah Shah Alam


Assalamualaikum dan hi korang. Zaza tahu rata-rata antara kita ini memang kebanyakan sedang mengalami masalah kulit muka macam parut, jerawat, jeragat, kulit kering dan lain-lain. 

Zaza sendiri pun ada masalah kulit parut dan berjerawat. Sekali sekala kulit kering terutama dekat hidung. Selalu juga mengelupas.


Tapi yang membuatkan stress tu bila ada parut dan jerawat yang susah betul nak hilang.
 

Kalau parut dan jerawat biasa atau sedikit, mungkin boleh hilang cepat dengan menggunakan beberapa produk tapi bagaimana dengan dengan mereka yang mengalami masalah tersebut dalam kategori agak teruk dan berlubang?
 

So jalan yang baik dan boleh di usahakan adalah dengan berjumpa doktor di klinik kulit dan kecantikan.
 

Bila berjumpa dengan doktor di klinik kulit, sekurangnya kita tahu kaedah dan cara rawatan yang betul. So tidaklah kita main hentam saja pakai produk sesuka hati.
 

Topik entri kali ini zaza nak share pasal masalah parut jerawat ( acne scars ) dan bagaimana untuk mengatasinya.


Atasi Parut Jerawat dengan Rawatan Kulit di Klinik Dr Bazilah Bandar Baru Bangi dan Klinik Dr Bazilah Shah Alam

Kenali Jenis-Jenis Parut Jerawat


Sebelum ni zaza tak berapa ambil tahu pun info tentang parut tapi bila zaza google-google, rupanya parut ni ada beberapa jenis.
 

Jenis-jenis parut jerawat iaitu Boxcar Scar, Rolling Scar, Icepick Scar dan Hypertropic Scar. Parut jerawat terjadi kerana akibat daripada proses penyembuhan luka dan tisu kulit.
 

Atasi Parut Jerawat dengan Rawatan Kulit di Klinik Dr Bazilah Bandar Baru Bangi dan Klinik Dr Bazilah Shah Alam


Jenis-Jenis Parut Jerawat


Sebenarnya kulit zaza pun ada parut. Dan kalau tak silap zaza, parut muka zaza ni jenis Boxcar Scar. Tapi tak besar sangat.
 

Parut muka zaza ni jadi akibat zaza suka picit jerawat. Pantang tumbuh je mesti zaza akan picit. Sudahnya ia meninggalkan parut berlubang bertahun-tahun. Walaupun parut zaza ni tidaklah terlalu teruk tapi dulu-dulu malu juga bila keluar mana-mana dengan parut jerawat macam ni. Tapi sekarang dah tak kisah sangat. Cuma kalau ada rezeki nanti, memang teringin juga untuk buat rawatan parut ni. Siapa tak nak kan kulit yang cantik dan bebas dari sebarang parut.


Boxcar Scar

Atasi Parut Jerawat dengan Rawatan Kulit di Klinik Dr Bazilah Bandar Baru Bangi dan Klinik Dr Bazilah Shah Alam



Boxcar Scar ini bentuknya bersegi kedalam kulit dan besar. Lubang parutnya kelihatan lebar. Nampak seperti kawah dan berlekuk.
 

Ia berlaku disebabkan oleh keradangan kulit yang menganggu dan merosakkan penghasilan kolagen. Disebabkan itu, kolagen tidak dapat dihasilkan jadi kulit tidak dapat pulih kepada kulit asal sekaligus ia menyebabkan terjadinya jerawat Boxcar Scar ini.
 

Kebiasaan ia terjadi akibat kita yang sering memicit jerawat.



Rolling Scar

Atasi Parut Jerawat dengan Rawatan Kulit di Klinik Dr Bazilah Bandar Baru Bangi dan Klinik Dr Bazilah Shah Alam



Parut jenis ini kelihatan agak kasar. Nampak seperti berombak dan berbukit. Ianya terjadi akibat daripada keradangan disebabkan oleh jerawat yang dibiarkan dalam tempoh yang lama. Jerawat yang makin kronik akan menyebabkan parut berlubang dan akan menjadi teruk.
 

Kebiasaan mereka yang berumur senang untuk mendapat parut jenis ini.



Icepick Scar

Atasi Parut Jerawat dengan Rawatan Kulit di Klinik Dr Bazilah Bandar Baru Bangi dan Klinik Dr Bazilah Shah Alam


Jika dilihat, parut lubang jenis ini nampak seakan seperti dicucuk jarum. Parut ini halus tapi agak dalam dan jauh ke dalam kulit. Ia berlaku akibat jerawat di dalam kulit. Jerawat yang sembuh menyebabkan pori menjadi kosong dan berlubang kerana kehilangan kolagen.
 

Parut ini terjadi biasanya disebabkan oleh jerawat batu ( cyst ) atau papules.



Hypertropic Scar

Atasi Parut Jerawat dengan Rawatan Kulit di Klinik Dr Bazilah Bandar Baru Bangi dan Klinik Dr Bazilah Shah Alam

Parut jenis ini nampak kelihatan kulit timbul dan ada benjolan. Ia terjadi disebabkan oleh kulit yang menghasilkan kolagen berlebihan dan membentuk isi kulit yang timbul pada kulit. Mempunyai warna kemerahan.

Kaedah dan Rawatan Untuk Atasi Masalah Parut Jerawat




Untuk anda yang sedang menghadapi masalah parut jerawat seperti di atas dan memerlukan rawatan kulit , boleh cuba mendapatkan rawatan di Klinik kulit dan rambut ini yang terletak di Bandar Baru Bangi dan di Seksyen 13, Shah Alam.
 

Di Klinik Dr Bazilah, mereka mempunyai doktor yang bertauliah dan mempunyai lesen di bawah KKM. Di Klinik kulit dan rambut ini, mereka menawarkan pelbagai jenis rawatan untuk masalah kulit dan rambut. Mereka hanya menggunakan kaedah yang terbaik dan terbukti secara klinikal keselamatan dan keberkesanannya.


Atasi Parut Jerawat dengan Rawatan Kulit di Klinik Dr Bazilah Bandar Baru Bangi dan Klinik Dr Bazilah Shah Alam

Atasi Parut Jerawat dengan Rawatan Kulit di Klinik Dr Bazilah Bandar Baru Bangi dan Klinik Dr Bazilah Shah Alam



Antara kaedah rawatan untuk parut jerawat yang ditawarkan adalah kaedah TCA Cross dan CO2 Laser.

Apa itu TCA Cross dan CO2 Laser?



Rawatan TCA Cross

Atasi Parut Jerawat dengan Rawatan Kulit di Klinik Dr Bazilah Bandar Baru Bangi dan Klinik Dr Bazilah Shah Alam


Bagi mereka yang menghadapi masalah parut seperti Icepick Scar yang dalam, melakukan rawatan laser tidak cukup kerana parut jenis itu sangat dalam. Oleh itu rawatan yang sesuai adalah TCA Cross yang mana ia dapat membantu menaikkan parut berlekuk yang dalam agar kesan yang lebih baik dapat dilihat sebelum rawatan laser dilakukan.

Rawatan ini dilakukan 3-5 kali atau lebih bergantung kepada masalah parut tersebut.

Atasi Parut Jerawat dengan Rawatan Kulit di Klinik Dr Bazilah Bandar Baru Bangi dan Klinik Dr Bazilah Shah Alam
Rawatan TCA Cross



Rawatan CO2 Laser

Atasi Parut Jerawat dengan Rawatan Kulit di Klinik Dr Bazilah Bandar Baru Bangi dan Klinik Dr Bazilah Shah Alam


Ia merupakan kaedah untuk merawat parut jerawat atau parut chicken pox pada muka. Kolagen diransang ( induced collagen ) melalui CO2 Laser untuk menaikkan parut berlekuk dan membantu mengecilkan pori.


Kulit lebih lembut, halus dan kurang kasar sebab kedalaman parut sudah berkurang menggunakan laser selepas beberapa sesi. Rawatan ini perlu menggunakan krim kebas sebelum prosedur bagi mengurangkan rasa sakit.



Atasi Parut Jerawat dengan Rawatan Kulit di Klinik Dr Bazilah Bandar Baru Bangi dan Klinik Dr Bazilah Shah Alam
Sesi penerangan mengenai kulit muka


Atasi Parut Jerawat dengan Rawatan Kulit di Klinik Dr Bazilah Bandar Baru Bangi dan Klinik Dr Bazilah Shah Alam
Antara pelanggan yang mendapatkan rawatan kulit di Klinik Dr Bazilah



Selain untuk rawatan parut jerawat, beberapa rawatan untuk masalah lain juga turut ada antaranya rawatan untuk eczema, psoriasis, skin pigmentation, hair removal,alergik, masalah rambut gugur, Fungal, Aesthetic, Minor Surgery ( Skin tag removal, wart removal, callus, mole removal, pyogenic granuloma removal ) dan Sexual Transmitted Disease ( Syphillis, herpes infection, gonorrhea, chlamydia)



Waktu Operasi Klinik Dr Bazilah

Bagi anda yang berminat untuk membuat rawatan kulit, rawatan rambut perlulah membuat sesi temujanji terlebih dahulu.
 

Waktu operasi Klinik Dr Bazilah dari setiap hari ( Isnin – Ahad )
Isnin – Ahad : 9 pagi – 6 petang


Pertanyaan dan temujanji boleh terus whatsapp : klik terus link >> http://klinikbazilah.wasap.my/


Call :

03-89229681 (Bandar BaruBangi)
03-50357359 (Shah Alam)


Maklumat lanjut mengenai Klinik Dr Bazilah, korang boleh rujuk website dan media sosial mereka:



Website :
www.klinikdrbazilah.com


Facebook :
klinikdrbazilah


Instagram :
@klinikdrbazilah


Tiktok :
@klinikdrbazilah


Sumber foto : Google / Instagram Klinik Dr Bazilah





0 comments