Assalamualaikum dan hi korang. Apa khabar? Semoga semuanya sihat dan ceria selalu. Alhamdulillah sejak kita semua sudah pun boleh berentas negeri, syukur sangat dapat berjumpa dengan keluarga dan adik beradik yang tinggal di luar negeri.
Disebabkan masing-masing balik ke kampung ( zaza stay dekat rumah mak abah ) so abang zaza pun plan untuk pergi bercuti sambil memancing dekat Rumah Rakit Lubuk Batu Tampoi Chenor, Pahang. Zaza pun sebenarnya baru tahu juga akan kewujudan tempat ni dekat Chenor.
Gambar di ambil waktu subuh. Paling suka sangat pemandangan masa ni
Perjalanan dalam 30 minit lebih dari rumah. Sampai dalam 3 petang macam tu. Sampai-sampai je terus nikmati keindahan panorama dulu sambil rakam moment indah bersama keluarga. Abang dan abah zaza pula terus buat aktiviti memancing.
Oh ya, kami menginap 2 hari 1 malam je. Harga untuk 1 malam cuma RM150 dan yang bayar tentulah abang zaza. Dia belanja. Jimat duit adik dia ni hehe.
Mungkin dari luar nampak biasa saja tapi bila masuk dalam terasa suasana tu macam ala kampung belah hulu yang best. Tak tahu nak gambarkan macam mana. Korang tengok je okay gambar-gambar yang zaza share dalam entri ini.
Port meja makan
Antara kemudaham yang ada dekat Rumah Rakit Lubuk Batu Tampoi Chenor ni seperti dapur dan barang-barang untuk kegunaan memasak ( lengkap ada pinggan, sudu,lesung batu, cerek dll ), satu bilik tidur yang luas dengan 2 biji katil, bantal tidur pun dalam 6-10 tak silap ( tak kira masa datang tu tapi kami pergi ramai seramai 12 orang. Ada yang bawa bantal dan selimut sendiri. Kemudahan bilik air. Bilik air dia pun ok je dan bagi zaza selesa je untuk mandi. Terasa betul macam duduk dekat kampung. Memang seronok. Iron tak disediakan, so bawa sendiri okay.
Ruang pintu masuk
Bahagian bilik tidur
kemudahan ruang dapur untuk memasak
Bilik tidur dengan tilam double
Bilik tidur
kemudahan peti ais yang disediakan
Okay yang bawah ini pula zaza share sedikit suasana pemandangan sekitar. Paling best kan suasana petang antara jam 6-7 petang dengan waktu subuh. Dah lama zaza tak tengok keindahan alam sebegini. Dengan kabus subuh sangat mengasyikkan. Dengan burung-burung berterbangan. Kalau korang nak tengok video pemandangan yang zaza shoot boleh tengok dekat IG zaza okay!
Sempat posing dulu ambil gambar sebelum buat aktiviti lain
Memancing dapat ikan kecil-kecil je
Port untuk memancing dan melihat keindahan alam
Suasana pagi..sarapan nasi goreng dengan nugget
Untuk aktiviti memancing korang boleh bawa peralatan sendiri. Sorry la tak ambil sangat gambar abah dan abang zaza memancing. privacy sikit.
Pemandangan indah di pagi hari
Tangkapan hasil memancing, Ikan jenis apa tak pasti
Time ni best sebab burung-burung sedang berterbangan. memang seronok betul
Untuk lebih banyak gambar, zaza akan share dekat IG zaza je nanti. So kalau korang ada nak berjalan ke Pahang atau datang ke Chenor bolehlah bawa family sekali sekala menginap disini terutama kalau yang suka buat aktiviti memancing.
Oh ya, satu lagi pengalaman, masa duduk atas rumah rakit ini memang terasa beralun sikit terutama bila bot lalu. Time bot lalu, rasa goyang-goyang sikit memang terasa pusing kepala haha. Tapi apa pun bagi zaza percutian kali ini sangat menyeronokkan. Alhamdulillah. Harap-harap dapat lagi bercuti ke destinasi lain ala-ala macam ini nanti
BACA JUGA
Lokasi : Rumah Rakit Lubuk Batu Tampoi Chenor, Pahang
Untuk Tempahan : 010 - 578 4486 / 018 874 6047
*tidak dibenarkan mengambil gambar ini untuk apa-apa tujuan kecuali dengan izin dan kredit ke entri ini*
STAY CONNECTED
Blog : https://www.zazaiman.com/
Instagram : https//www.instagram.com/zaza.imn
Wow best nyer boleh experience kampung life and rumah rakit atas air macam ni
BalasPadambest nya. kalau dekat, memang dah pi ni. hehe
BalasPadamWoww rare percutian camni
BalasPadamTengoklah lepas ray nanti nak bermalam kat rakit
BalasPadamCantik juga view. Mesti jadi satu pengalaman best menginap kat rumah rakit ni. Relaks je
BalasPadam