Buku Bahagia Cara Kita by Syira Lokman | Assalamualaikum. Alhamdulillah pejam celik dah masuk 11 ramadan dah. Syukur kerana masih mampu untuk menunaikan ibadah puasa ini.
Korang pernah tak baca buku motivasi "Bersangka Baik Pada Tuhan"..? Buku ini zaza pernah review masa tahun 2020. Penulis buku ini adalah Syira Lokman. Selain dari buku ini, ada dua buku lain yang pernah dihasilkan iaitu Fragile dan Serenity
Kenapa kita perlu baca buku motivasi?
Pada zaza semua orang perlu ada motivasi dalam diri. Sebab itu, kita perlu baca buku motivasi kerana ia merupakan salah satu medium untuk membantu seseorang membentuk keyakinan selain menambah ilmu dan menajamkan memori.
Untuk tahun 2022, penulis Syira Lokman sekali lagi telah menghasilkan sebuah lagi buku motivasi bertajuk "Bahagia Cara Kita"
Zaza percaya semua orang ada fasa rasa down, kurang yakin diri dan rasa tak bahagia. Cuba kita tarik nafas, bertenang dan fikir apa yang buat kita rasa down, tak yakin dan tak bahagia?
Perkara yang buatkan kita tak yakin dan tak bahagia
- Sering merungut
- Sering menyalahkan
- Negative Self Talk
- Memilih kawan yang salah
- Sering memikirkan dan mengungkit kisah silam
- Meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap sesuatu
- Ingin menjadi terlalu sempurna
- Membiarkan ketakutan menguasai diri
Sebab itu penulis mengajak kita untuk mencari "Bahagia Cara Kita". Menurut penulis,
"Kita selalu berusaha untuk hari esok yang lebih baik. Namun apabila esok tiba, kita masih lagi berfikir bagaimana mahukan hari esoknya yang lebih baik berbanding menikmati hari yang kita sedang lalui. Kita tidak berasa puas dan selalu mahukan lebih lagi sehingga terlepas menikmati hari ini. Kita tercari-cari bahagia yang sepatutnya kita miliki. Kita tercari-cari di mana bahagia yang selama ini kita nantikan setiap hari.Hakikatnya, bahagia itu ada dalam diri kita. Bahagia dengan cara kita, tanpa perlu membanding-bandingkan dengan sesiapa."
- Kenali dan Terima Diri Sendiri
- Buat Pilihan yang Jujur
- Rancang dan Bertindak
- Memaafkan untuk Apa?
- Jaga Hubungan dengan Allah Jaga Hubungan dengan Makhluk
- Bayar Hutang dan Mula Menyimpan
- Kawal Emosi
- Doakan Diri Sendiri dan Orang Lain
- Hentikan Mengata, Mencarut, dan Membuka Aib
- Beri Pujian dan Galakan
- Bantu Orang Lain
- Jangan Bandingkan. Hargai dan Nikmati Hari Ini
- Bertenang dan Stop Overthinking
- Tidak Perlu Buktikan Apa-apa kepada Sesiapa
- Jauhkan Diri daripada Toxic People
- Jaga Pemakanan dan Waktu Tidur
- Tambah Ilmu dan Sibukkan Diri dengan Hobi
- Ubah Cara Berfikir
- Jangan Bergantung kepada Orang Lain
Beliau yang juga merupakan penerima Anugerah Graduan Cemerlang dan Anugerah Pelajar Cemerlang STPM 2013 mula berjinak-jinak sebagai penulis dengan menulis di blog syiralokman.blogspot.com seawal usia 17 tahun. Beliau kemudiannya melebarkan sayap dalam dunia penulisan sebagai penulis puisi yang berjudul Aku Mahu Capai Langit Itu dan Dunia Itu, yang disiarkan dalam majalah Dewan Siswa.
0 comments