Ramadan Buffet Dengan Tema Poh Paleh Wey di Ancasa Royale Hotel Pekan, Pahang | Assalamualaikum. Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana masih diberi kesempatan untuk menyambut bulan ramadan yang mulia ini. Dah lama rasanya tidak berbuka puasa diluar semenjak wabak covid 19. Rasanya dah 2-3 tahun juga kan. Tapi alhamdulillah untuk ramadan kali ini, kita semua dah boleh berbuka puasa di luar asalkan ikut sop yang telah diarahkan.
Sekali sekala kalau malas masak ke, seronok juga kan berbuka puasa dekat luar bersama keluarga.
Baru-baru ini zaza berkesempatan untuk berbuka puasa dekat Ancasa Royale Hotel Pekan, Pahang. Rindu juga nak datang sini. Kali terakhir tak silap zaza tahun 2018 kot zaza pernah berbuka puasa dekat sini.
Tapi zaza pergi berbuka dekat Ancasa Royale Hotel tu dengan kawan dan zaza bawa anak buah seorang sebagai peneman.
Ramadan Buffet kali ini mengetengahkan konsep "Poh Paleh Wey". Walaupun zaza duduk pahang tapi zaza tak faham maksud dialek pahang, Poh Paleh Wey tu. Mengikut perkongsian dari rakan zaza, maksud Poh Paleh Wey tu macam " Hebatlah Awak atau Memang Hebat". Zaza ada juga cari dekat google maksudnya tapi macam tak banyak info. Kalau ada pembaca-baca blog zaza yang tahu maksud sebenar nanti share dekat komen okayy..
Hidangan yang disediakan pun cukup meriah dan sedap. Banyak betul menu dan zaza ambil semua jenis menu tapi dalam kuantiti yang sedikit sebab nak rasa. Menu utama nasi briyani dan nasi putih.
Selebihnya yang paling zaza suka sekali masakan daging dan ikan patin masak tempoyak. Memang umpp sangat.
Selain hidangan menu utama, zaza turut cuba dessert yang disediakan. Tapi dessert ni zaza tak ambil banyak mana. Dalam 6-7 ketul dessert sebab nak cuba. Ambil banyak-banyak nanti takut tak habis sebab makan berdua je dengan anak buah. Dessert pun memang sedap juga.
RM98 - Dewasa
0 comments