Sungguh teruja rasa bila zaza dapat hadiah buku Nirnama by Hilal Asyraff sempena hadiah birthday zaza hari tu.
Hadiah buku Nirnama ini adalah pemberian dari rakan blogger Tengkubutang. Rakan baik zaza dalam dunia maya sejak 10 tahun.
Terima kasih Tengkubutang sebab hadiahkan buku ni. Sebenarnya memang lama nak beli tapi tak beli-beli. Just masuk dalam bakul shopping je tapi tak bayar2 lagi. Sekali masa birthday, ada barang sampai dekat rumah. Buka-buka rupanya Buku Nirnama.
Nirnama Hilal Asyraff
Zaza memang pengikut Hilal Asyraff sejak zaman era kegemilangan Langit Ilahi. So, zaza nak story sikit cerita tentang Nirnama.
Nirnama, merupakan seorang pemuda. Dia digelar Pendekar Tanpa Nama kerana tiada siapa yang tahu siapa namanya yang sebenar.
Nirnama menjadi buah mulut orang ramai kerana sikapnya yang ringan tulang dan sering membantu masyarakat di serata Tanah Semenanjung.
Nirnama juga seorang yang berani menentang kezaliman orang-orang Jagat Suci.
Siapa Jagat Suci?
Seorang pemerintah Kerajaan Indera Kayangan. Yang merasakan dirinya berkuasa. Hidupnya penuh kesaktian. Mampu terbang ke langit,mampu berjalan atas air,mampu menyembuhkan penyakit dengan hanya melalui sentuhan dan kebal dari sebarang serangan.
Dia dianggap sebagai seorang Ahli Sihir.
Hasil campur tangan Nirnama, Wilayah Ujong jajahan Kerajaan Indera Kayangan jatuh ke tangan Kerajaan Semutar Putih.
Indera Kayangan terkenal sebagai tempat untuk berdagang dan berhibur,menjadi tumpuan sesiapa yang mahu berseronok-seronok melayan hawa nafsu, penjualan hamba abdi, pemerdagangan barangan mewah dan banyak lagi.
Kerajaan Semutar Putih satu-satunya kerajaan yang tidak jatuh kepada kekuasaan Jagat Suci. Kerajaan Semutar Putih dipimpin oleh Sultan Mansur dan diteruskan oleh anakanda baginda, Sultan Mahmud setelah sultan itu mangkat lebih sedekat lalu.
Ada banyak lagi watak-watak yang cukup menarik. Antaranya, Nadim ( seorang budak yang menemani setiap pengembaraan Nirnama), Bagak Durjana, Cendana, Tanggang, Adiwaja, Mat Jenin, Putera Serapi, Nujum Surya, Puteri Sejinjang, Puteri Santubong, Jalak Bentala ( tukang sihir jagat suci ), Sultan Mansur, Tuha, Jebat , Sultan Mahmud, Tun Nirmala, Puteri Gunung Ledang, Kasturi, Alauddin, Sang Kelembai, Pak Kaduk, Raja Bersiong dan Kasturi.
Sebut nama-nama watak pun terbayangkan ia sebuah novel cerita kisah pengembaraan Nusantara.
Menurut Hilal Asyraff, Buku Nirnama ini mengangkat identiti ajaran Islam yang sebenar dan juga Nusantara.
Mengambil inspirasi dan elemen dari karya Raya The Last Dragon juga elemen mitos dan lagenda nusantara kita sambil mengekalkan identiti sebagai pengangkat tema Islam.
Seperti karya-karya Hilal Asyraf yang lain, sudah tentu ada diselitkan ayat suci dan pesanan seperti
“Wahai orang-orang kaya sekalian, Bertaubatlah kalian kepada Allah. Telah berfirman Allah Azzawajallah dalam al Quran ‘Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh harta benda dan anak pinak kamu daripada mengingati Allah. Dan sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi”
***
“Ingatlah bahawanya kita akan mati dan dibangkitkan pada hari kiamat kelak di hadapan Allah. Firman Allah Azzawajalla, ‘Hari yang tidak ada maknannya harta dan anak pinak, kecuali mereka yang kembali kepada Allah dengan hati yang sejahtera”

Biodata Penulis :
Mohamad Hilal Asyraf bin Abdul Razak. Berasal dari Johor dan merupakan graduan di Yarmouk University dalam bidang Usuluddin. Memulakan karier sebagai penulis sejak 2009. Aktif dalam menghasilkan karya-karya fiksyen dan non fiksyen. Telah menghasilkan lebih 40 buah karya. Merupakan mengasas kepada website Langitilahi dan kini menguruskan perniagaan penerbitannya sendiri.

salam, tahniah zaza dah selesai baca Nirnama, untuk makluman Hilal dah keluarkan karya Nirnama terbaru tahun ni, 2023 bertajuk Nirnama Hikayat Tanah Semenanjung, cuba dapatkan maklumat buku tu di laman web hilalasyraf.com
BalasPadam