Hi korang.. dah lama rasanya tak bercuti ke pusat-pusat peranginan. Last dulu zaza bercuti masa dekat Port Dickson. Tempah hotel dengan kolam mandi private. Seronok sebab bercuti dengan kakak dan anak-anak dia. Sekarang kakak pun dah sibuk dengan kerja. So tak ada masa nak becuti sama.
Tapi itulah kan, bila tengok rakan-rakan bercuti bawa anak-anak mandi kolam..tengok rakan-rakan bersama geng-geng pergi mandi sungai..eh seronoknya..teringin la pula kan..
Tapi kan macam kita orang perempuan ni, kalau nak mandi manda tak kisah kat tempat private ke atau terbuka, seeloknya kenalah pakai pakaian mandi atau renang yang sesuai.
Zaza adalah juga servey-servey pakaian mandi dan renang untuk wanita dekat web dan laman beli-belah. So, zaza terjumpalah satu jenama pakaian mandi dan renang, LYRA SWIMWEAR. Bila zaza belek-belek tengok, eh cantik-cantiklah design baju mandi diorang ni..tak pernah jumpa lagi design pakaian mandi macam ni..memang lawa sangat.
BAGAIMANA LYRA SWIMWEAR DITUBUHKAN
Ikram, merupakan pengasas LYRA Swimwear ini menyatakan LYRA dicipta melalui perjuangan seorang wanita untuk mencari pakaian renang yang sesuai dengan gaya hidupnya. Menurutnya, agak sukar untuk menemui pakaian renang yang sopan. Oleh itu, beliau mengambil keputusan untuk menghasilkan sendiri pakaian renang mengikut apa yang diinginkan.
Mengambil masa selama setahun membuat papan mood di bilik tidur dan juga bercakap dengan wanita dari semua agama yang menghadapi masalah kesukaran ketika berenang, akhirnya beliau mencipta rangkaian jenama LYRASWIMS.
Pada Disember 2016, beliau telah melancarkan jenama ini dan rekaan LYRA mempunyai keanggunan Hollywood klasik, reka bentuk sejuk dan minimalis pantai Maghribi.KOLEKSI - KOLEKSI PAKAIAN RENANG LYRA SWIMWEAR
Disini zaza kongsikan sikit beberapa pakaian renang LYRA yang ada. Memang cantik dan rekaan pun buat zaza juga tertarik serta lain dari yang lain. Ada banyak lagi design yang korang boleh servey dekat website LYRA ni.
0 comments