Assalamualaikum dan hi, lama juga zaza tak share kisah personal kan..sebenarnya zaza rindu nak share moment berjumpa dengan sahabat blogger dekat KL setelah 5 tahun lebih tak berjumpa. Last jumpa sahabat blogger pun sekitar tahun 2018 macam tu kot.
Sebenarnya zaza tak plan pun nak datang KL. Kebetulan kakak yang bercuti raya nak balik KL hari jumaat yang lalu, so last minit zaza cakap nak ikut sebab dah lama sangat tak jumpa dan lepak dengan rakan-rakan.
Sampai je KL, zaza minta kakak turunkan zaza dekat LRT Gombak sebab zaza nak ke rumah rakan blogger Sally Samsaiman dekat Ampang Jaya. Terima kasih Sally sudi terima kedatangan zaza siap bagi tumpang tidur sehari lagi. Rindunya dapat jumpa sally dan peluang jumpa mak sally juga.
Zaza sampai dalam 12 tengahari. Lepas tu teman sally pergi pasar dan petang tu memang rileks dan berehat je sampai malam. Macam-macamlah dapat berborak dengan sally. Dapat juga jumpa dengan kucing sally nama kiki dan leo. geram tengok budak berdua tu.
Pagi sabtu Sally masakkan nasi lemak sambal sotong. Memang sedap sangat sambal sotong sally masak tu. Zaza memang suka sambal sotong. Bertambah-tambah makan sambal sotong.
Tapi itulah moment gambar dengan sally tak banyak. Lupa pula nak ambil gambar berdua. jangan marah eh sally.. tapi ada moment zaza beramai dengan sally dan juga blogger azwar syuhada dan kak jueliza jamani semasa berjumpa dekat KLCC.
Last jumpa zaza bila ek 6 ke 7 tahun lepas hahahah :D
BalasPadam